Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Muslimat Anjuran HELWA MMBJ Zon 4
13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran dan Khatam bagi Muslimat Masjid Muadz Bin Jabal pada 12 Jun 2017 sempena Hari Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan solat Masjid Muadz Bin Jabal. Penyertaan seramai hampir 200 orang muslimat dari Kariah Masjid Muadz Bin Jabal telah hadir mengikuti tadarus . Sebanyak 30 kumpulan telah diagihkan untuk peserta membaca al-Quran. Majlis khatam Al-Quran beramai-ramai dimulai selepas peserta semua menamatkan majlis tadarus selama hampir 2 jam menamatkan tadarus al-quran. Majlis diserikan dengan zikit dan solawat selepas tamat majlis tadarus dan khatam al-Quran beramai-ramai, peserta juga gembira mendapat cenderahati daripada masjid tanda kenangan.
|