IHTIFAL SRA DAN KAFA PERINGKAT ZON 2017M/1438H
27 April 2017 /30 Rejab 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program Ihtifal SRA dan KAFA Peringkat Zon seperti berikut : 18 April 2017 (Selasa) - Zon 1 bertempat di SRA Saidina Ali (kw) dan Zon 2 bertempat di SRA Amru al-As 19 April 2017 (Rabu) - Zon 3 bertempat di SRA al-Suyuthi dan Zon 4 bertempat di SRA al-Jamiyyah 20 April 2017 (Khamis) - Zon 5 bertempat di SRA Saidina Uthman bin Affan dan Zon 6 bertempat di SRA al-Khawarizmi 22 April 2017 (Sabtu) - Zon 7 bertempat di SKPP 5 (1) Putrajaya Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran bertujuan mencungkil bakat dan kebolehan murid SRA dan KAFA dalam acara yang dipertandingkan seperti Tilawah al-Quran (Lelaki/Perempuan), Hafazan (Lelaki/Perempuan), Ejaan Jawi (terbuka), Khat (terbuka), Syarahan Bahasa Arab (Lelaki/Perempuan),Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki /Perempuan) dan Nasyid (Lelaki/Perempuan). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di setiap Zon, Insyallah berjumpa lagi di Ihtifal Akhir.
Disediakan Oleh; Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |