MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT @ SAIDINA ALI KW
Program yang bermula jam 8.30 pagi – 12.30 tengah hari ini telah berjaya mengumpulkan seramai 200 orang anak jemaah dan penduduk sekitar Kampung Padang Balang untuk hadir sama dalam menjayakan program tersebut. Dalam program ini terdapat dua slot ceramah, pada slot yang pertama ceramah yang bertajuk “Kesihatan Umum” telah disampaikan oleh YBhg. Pn. Saliza binti Mohd Salleh. Manakala pada slot yang ke dua ceramah yang bertajuk “Kanser Di Kalangan Lelaki dan Wanita” telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Che Musa bin Salleh. Antara tarikan lain semasa program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, pemeriksaan diabetis dan berat badan.
|