05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Penyembelihan Korban Anjuran Pusat Zon 4

20160907 092638

08 hb September 2016 (Khamis) –Pusat Zon 4, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Penyembelihan Korban pada 7hb September 2016 (Rabu) bertempat di Masjid Usamah bin Zaid bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.30 petang.

Kursus ini berlangsung dengan jayanya apabila disertai oleh seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Jemaah Masjid/ Surau Jumaat  dan Surau Biasa dibawah Pusat Zon 4. Pada sebelah pagi, peserta didedahkan dengan teknik sembelihan lembu korban yang betul, yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, KPPK Bahagian Pengurusan Masjid. Seterusnya Us. Mohd Anas Ibrahim bin Mohd Zaini, Imam Masjid Usamah bin Zaid telah mendedahkan kepada peserta teknik sembelihan ayam dan 25 ekor ayam telah disembelih oleh peserta yang terpilih.

Seterusnya peserta didedahkan sesi ceramah kursus asas sembelihan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Akhir sekali peserta dihidangkan dengan jamuan yang telah dimasak sendiri oleh KPPK Bahagian Pengurusan Masjid.

20160907 092903 20160907 094136
20160907 102116 20160825 112217
   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel