05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ziarah Dan Tahlil JAWI

ziarah jawi 1

6 September 2016 (Selasa) – Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan ziarah dan tahlil ke rumah keluarga warga JAWI yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Warga JAWI terbabit ialah Allahyarham Ustaz Bador Bin Jalil (Bahagian Pengurusan Masjid JAWI), Allahyarhamah Ustazah Siti Nurliza Binti Abdul Hamid (Bahagian Pelajaran JAWI) dan Allahyarhamah Juridah Binti Kasim (Bahagian Pelajaran JAWI).

Rombongan terbabit dibahagian kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama yang melawat keluarga Allahyarham Ustaz Bador di Taman Gombak Jaya, Gombak diketuai oleh Ustaz Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.

Kumpulan kedua yang melawat keluarga Allahyarhamah Ustazah Siti Nurliza di Taman Wahyu, Batu Caves, Selangor diketuai oleh Ustazah Zaiton Binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI.

Manakala rombongan melawat ke rumah keluarga Allahyarhamah Juridah di Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur diketuai oleh Ustazah Khadijah Binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI.

Antara pengisian program ialah ucapan ringkas daripada ketua rombongan, bacaan tahlil serta sumbangan berupa al-Quran, sijil penghargaan serta wang tunai kepada keluarga arwah.

Al-fatihah dan salam takziah.

ziarah jawi 7 ziarah jawi 2
ziarah jawi 3 ziarah jawi 4
ziarah jawi 5 ziarah jawi 6

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

 


Cetak   Emel