05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA REMAJA BANGSAR

   hajat-3  
 

26 Ogos 2016 (Jumaat)– Biro Remaja Islam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar (RISMAS) telah menganjurkan program Solat Hajat Perdana Peperiksaan Sekolah tahun 2016 dan Ceramah Motivasi Kecemerlangan yang diadakan di dalam perkarangan Dewan Solat MSABA. Program ini adalah merupakan program usahasama pihak Biro RISMAS bersama tujuh buah sekolah di sekitar kawasan Bangsar iaitu Sek. Men. Keb. Bangsar, Sek. Men. Keb. Bukit Bandaraya, Sek. Keb. Bukit Pantai, Sek. Keb. Bukit Bandaraya, Sek. Rendah Agama Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Sek. Rendah Agama Ibnu Sina Putra Ria dan Sek. Rendah Agama Al- Hidayah Lengkok Abdullah. Program ini adalah dikhususkan kepada pelajar - pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaaan besar bagi tahun 2016 iaitu peperiksaan UPKK, UPSR, UPSRA, PT3, SPM, STPM dan STAM.

Program ini telah berlangsung selama 1 jam setengah dan berjaya mencapai kehadiran seramai 700 orang terdiri daripada pelajar - pelajar, guru-guru, ibubapa dan para jemaah. Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi Kecemerlangan kepada para pelajar yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Syaari b. Abdul Rahman iaitu merupakan seorang motivator dari Ibrah Paradigm Sdn. Bhd dan penceramah Radio IKIM Slot Ibrah. Kemudian program diteruskan kepada Solat Isyak berjemaah dan diteruskan pula dengan solat sunat hajat yang dipimpin oleh YBhg Ustaz Mohd Bukhari b. Haliah Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

 
     
ussyaari  hajat-4  hajat-2
 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel