25 Ogos 2016 / 22 Zulkaedah 1437 (Khamis), Masjid At-Taqwa dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 telah Majlis Bacaan Yasin,Doa Selamat dan Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR murid tahun 6 SKTTDI 1 dan SKTTDI 2.
Majlis bermula dengan pendaftran murid-murid tahun 6 kedua buah sekolah pada jam 6.45 petang,disusuli dengan solat Maghrib berjemaah.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor (Pengerusi Jawatankuasa Masjid At-Taqwa) disusuli dengan tazkirah ringkas oleh YBhg Ustaz Mohd Yusof bin Rebu (Imam Ratib Masjid At-Taqwa) kepada murid-murid dan waris yang hadir.Acara diteruskan dengan bacaan Yasin,Solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat oleh Ketua Imam Masjid At-Taqwa YBhg Ustaz Ahmad Saufi bin Mustaffa.Dianggarkan 800 orang termasuk waris hadir untuk sama-sama memerihkan majlis ini.
Turut hadir memeriahkan majlis barisan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa TTDI KL ,Guru SKTTDI 1, SKTTDI 2 serta Imam Bilal Masjid At-Taqwa TTDI KL.
Disediakan Oleh: Masjid At-Taqwa, TTDI KL Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6 Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
|