05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JALUR GEMILANG DIKIBAR DI MASJID DAN SURAU ZON 2

WhatsApp Image 2016-08-24 at 2.43.35 PM

 

24 OGOS ( RABU ) : Pusat Zon 2 dengan kerjasama DBKL Cawangan Wangsa Maju telah mengadakan Program Ramah Mesra Dan Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Masjid Dan Surau Di Bawah Parlimen Wangsa Maju bertempat di Dewan Masjid Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati.

Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan DBKL Wangsa Maju dan Zon 2 ini telah Berjaya menghimpunkan pengerusi dan jawatan kuasa masjid dan surau di parlimen Wangsa Maju. Melalui NBOS ini juga DBKL dan Zon dapat mengenal pasti kehendak kariah didalam usaha memakmur dan mengindahkan institusi masjid dan surau. Disamping itu juga, pengerusi masjid dapat mengenali dan berkenalan antara Zon 2 dan DBKL cawangan Wangsa Maju.

Majlis yang dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Hamdan bin Mohd Yusuf ( Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wangsa Maju ) telah turut mengingatkan bahawa masjid dan surau perlu memainkan peranan memberi maklumat kepada generasi muda pentingnya menghayati erti kemerdekaan.

Majlis juga turut dihadiri Penyelaras Zon 2, (Ustaz Haji Mohamad Fazli bin Zain), Tuan Haji Mohd Yunus bin Haji Jalaluddin ( Pengurus DBKL cawangan Wangsa Maju ), Datuk Hj Roslan bin Madon ( Pengerusi Masjid Salahuddin al Ayyubi ) dan pengerusi serta jawatan kuasa masjid dan surau parlimen Wangsa Maju, pegawai-pegawai DBKL cawangan Wangsa Maju dan pegawai Masjid dan Surau Zon 2.

 

WhatsApp Image 2016-08-24 at 2.41.44 PM WhatsApp Image 2016-08-24 at 12.13.30 PM 2
WhatsApp Image 2016-08-24 at 12.13.30 PM WhatsApp Image 2016-08-24 at 12.13.30 PM 1
   
   
   

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, JAWI

 

 


Cetak   Emel