Bicara Ilmu Masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan tajuk “Keluarga Syurga 2018 "
18 Januari 2018 (Khamis) – Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak telah menganjurkan Bicara Ilmu di Dewan Solat Utama masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan tajuk “Keluarga Syurga 2018 ”. Kupasan ceramah disampaikan oleh YBhg Tn Hj Hushim Salleh Pakar Perunding Motivasi & Kaunseling. Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Salleh Bin Yusup, Pengerusi Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Ustaz Hassim Ab Ghani, Ketua Imam Masjid dan Ustaz Abdul Bar Bin Osman Timb. Ketua Imam masjid. Hadirin seramai 400 orang yang terdiri daripada masyarakat di sekitar kariah Bandar Tun Razak.
Foto dan Teks disediakan oleh: Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bahagian Pengurusan Masjid |
Jumlah paparan: 2388