05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Imarah Masjid Al-Hidayah, Kg Sg Penchala: 2 Siri Ceramah Isra’ Mikraj Bersama Ulama Mesir

Pic 1

4 & 11 Mei 2016M / 27 Rejab & 4 Sya’ban 1437H (Rabu) – Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala dengan kerjasama Kumpulan Talaqi dan Rahsia Al-Quran Syeikh Said Abdel Latif  telah mengadakan Ceramah Khas Isra’ Mikraj yang bertajuk “Isra’ Mikraj Dari Perspektif Al-Quran” bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Hidayah  Kg Sungai Penchala bermula jam 2.00 sehingga jam 4.00 petang.

Ceramah khas dua siri ini telah disampaikan oleh YBhg. Sheikh Said Abdel Latif Al-Kawariah yang merupakan seorang ulamak dari Mesir. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran jemaah lebih 200 orang yang terdiri daripada muslimin dan muslimat sekitar Lembah Klang dan anak kariah Kg. Sungai Penchala.

Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan gambaran sebenar kepada jemaah tentang kejadian isra’ dan mikraj menurut perspektif Al-Quran. Melalui ceramah ini,juga para jemaah telah didedahkan tentang kejadian isra’ dan mikraj berdasarkan dalil-dalil dari al-quran serta falsafah dan pengajaran dari peristiwa isra’ dan mikraj. Sambungan ceramah ini akan diteruskan dengan siri ketiga dan keempat pada minggu hadapan.

 

Pic 2 Pic 5 Edit
 
 Pic 6 Edit  Pic 7 Edit
   

Disediakan oleh:

Masjid Al-Hidayah, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel