05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI & PPUM Jalin Hubungan Dengan HATTM

 
tentera2

11 Mei 2016 | 4 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah mengadakan lawatan Ziarah Dakwah ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju pada hari Khamis, 5 Mei 2016. Seramai 16 orang rombongan dari JAWI diketuai oleh YBhg. Tuan Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) disertai oleh seramai 7 orang ahli Persatuan Sahabat PPUM diketuai Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Mohd Zul Amirul Izwean bin Mad Derasih. Ketibaan rombongan lawatan pada jam 10.00 pagi disambut oleh Ketua Bahagian Pengurusan HATTM, YBhg. Kolonel Meor Puaat bin Meor Ibrahim dan beberapa orang kakitangan HATTM.

 

Program Ziarah Dakwah ini antara lain bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam menjalankan dakwah bil hal bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan yang bertugas di hospital di samping menjalinkan hubungan strategik antara pihak JAWI, PPUM dan HATTM. Sebanyak 120 goodies bag berisi makanan dan bahan bacaan turut diedarkan kepada pesakit-pesakit yang berada di wad-wad HATTM. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat bagi pesakit dengan lebih tepat di samping turut memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

 

 

tentera1 tentera3
tentera5 tentera6
 tentera10  tentera9


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel