05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“PERJALANAN AGONG MENYINGKAP RAHSIA” ANJURAN MASJID AMANIAH KEPONG

IMG-20160509-WA0009

8 Mei 2016M / 01 Sya’aban 1437H ( Ahad ) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan CERAMAH ISRA’ WAL MIKRAJ. Program ini berlangsung selepas solat Maghrib dengan kehadiran jemaah hampir 220 orang. Penceramah undangan ialah YBhg.Ustaz Haji Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz.

Peristiwal Isra’ dinyatakan Allah SWT dalam firmannya “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa’ : 1)

Para jamaah tersentuh dengan ceramah terutamanya mengenai kepentingan solat dan rahsia di sebalik kefardhuan solat. Program ini berakhir dengan juadah malam yang telah disediakan secara gotong-royong. 

 

IMG-20160509-WA0012 IMG-20160509-WA0016
IMG-20160509-WA0007 IMG-20160509-WA0008
   
   

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel