05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Perdana Israk Mikraj

ISRAK 2

6 Mei 2016M / 28 Rejab 1437H (Jumaat) – Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6,menganjurkan Forum Perdana Israk Mi’raj Sempena Hari Kebesaran Islam 2016. Forum dihebatkan dengan 2 orang ahli panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Mahadi Mohd.Ismaei’ly (Che’guMahadi), Pengarah Urusan Akademi Latihan Proffesional Islami Malaysia (ALPIM) dan Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faizuddin (PU Faiz), Finalis Pencetus Ummah. Moderator forum ialah Al-Fadhil Ustaz Datu Mohd Sallehin, Naqib / Ketua Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Kg. Kerinchi, Kuala Lumpur.

1

Forum yang bertemakan tiga perkara iaitu Kisah Orang Beriman, Kisah Masa Depan dan Melangkau Teknologi bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada ahli kariah Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala bahawa kisah Israk Mi’raj bukan sekadar kisah sejarah lampau malah mempunyai keterkaitannya dengan kehidupan setiap Muslim yang perlu dihayati dan diambil ibrah sebagai panduan menjadi hamba Allah Ta’ala yang benar-benar beriman.

1

Forum yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Imam iaitu Ustaz Ahmad Fairos Awang, dimulakan selepas solat Maghrib telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli kariah seramai 200 orang lebih.

1

Turut hadir menyerikan majlis ini barisan ahli jawatankuasa masjid, Ketua Imam, dan para Imam-Bilal Ratib Masjid. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat dan mendapat barakah dari Allah Ta’ala.

 

ISRAK 3 ISRAK 4
ISRAK 6 ISRAK 7
   
   

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel