05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

ZAID 3

 

 

 

21 Januari 2018 (Ahad) – YBhg Tuan Hj Abdul Aziz Bin Jusoh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program : Truck Free Market 2.0.Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Ahli Majlis Penasihat DBKL,  YBhg Tn Hj Mohd Taib Bin Haji Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan WPKL, dan YBhg Dato ‘ Ahmad Nazri Bin Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.

Program ini sebenarnya adalah cetusan idea dan aktiviti ini telah pun dilaksanakan oleh Pihak NGO Kaki Volunteers Malaysia & NGO T6 Rangers Malaya sejak beberapa tahun yang lalu melalui hasil sumbangan para sukarelawan mereka. Dalam pada itu, ini adalah program kali kedua yang dilakukan bersama-sama dengan Pihak Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengajak & memberi galakan kepada orang ramai supaya bersama-sama menginfaqkan barang-barang keperluan dan dalam masa yang sama, dapat membantu rakan-rakan kita (anggota masyarakat) yang lebih memerlukan, agar sedikit sebanyak membantu tanggungan & kehidupan mereka. Barangan yang boleh disumbangkan adalah seperti pakaian, pek makanan, barangan makanan keperluan dapur (beras, tepung, gula, susu, minyak masak,), barangan basah (ikan, daging, sayuran), lampin bayi, susu untuk bayi, buku-buku bacaan & aktiviti untuk anak-anak (menulis, mengeja, mewarna), alat tulis dan apa jua barangan yang boleh memberi manfaat. Semua barangan ini ditawarkan kepada setiap pengunjung yang hadir untuk mengambilnya secara percuma. Program ini terbuka & dialu-alukan kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa & agama. 

 

   

ZAID x ZAID 2
zaid xx ZAID 4
   


Disediakan Oleh:

Masjid Zaid Bin Thabit &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 

Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel