05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

mejabulat01

 

8 April 2016M / 30 Jamadilakhir 1437H (Jumaat) - Aspek keharmonian dalam mengadakan perbincangan dan menyelesaikan sesuatu isu amat penting bagi memastikan segala perancangan yang diatur menempa kejayaan. Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Pengerusi-pengerusi Surau Jumaat Putrajaya menganjurkan Persidangan Meja Bulat Bersama Pengerusi-Pengerusi Surau Jumaat Putrajaya yang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya.

Persidangan yang berlangsung secara sederhana dan santai ini dihadiri oleh 12 Pengerusi dan wakil surau Jumaat Putrajaya bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi idea berkenaan program-program berbentuk kerjasama dan memberi impak besar sepanjang tahun 2016 antara pihak JAWI dan surau-surau Jumaat sekitar Putrajaya. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak JAWI dan surau-surau Jumaat Putrajaya, persidangan seumpama ini juga bermatlamat untuk memberi pencerahan terhadap isu-isu yang berlaku di surau-surau Jumaat Putrajaya.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya.

mejabulat02 mejabulat03
mejabulat06 mejabulat04
 mejabulat05  mejabulat07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel