05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMBARASUCI01

 
 

9 April 2016M / 1 Rejab 1437H (Sabtu) – Unit Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah mengadakan program Kembara Suci : Iktibar Kehidupan bersama Saudara Baru Ke Kuala Gandah, Lanchang,Temerloh, Pahang.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu tarikan bermusafir di samping dapat mempelajari dan mempraktikkan solat ketika bermusafir. Program ini juga dapat diibaratkan sebagai terapi minda kepada mereka setelah sekian lama berada dalam situasi pembelajaran yang sama kerana ia melibatkan perjalanan sejauh dua marhalah bagi mempraktikkan kaedah solat Qasar dan Jama’. Objektif utama program ini adalah adalah untuk meningkatkan kefahaman Saudara Baru dalam pelaksanaan solat Qasar dan Jama’ seterusnya dapat melaksanakannya dengan betul dan yakin.

Di samping itu, ia juga bermatlamatkan untuk mentransformasikan kaedah pembelajaran kepada suasana yang lebih santai dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk menarik minat mereka memperdalamkan lagi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan solat. Bagi mempraktikkan solat Qasar dan Jama’, para peserta telah dibawa ke Masjid Kampung Mempateh, Lanchang dan telah diberi taklimat dan bimbingan oleh pihak urusetia Unit Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Putrajaya.

KEMBARASUCI07 KEMBARASUCI06
KEMBARASUCI05 KEMBARASUCI03
 KEMBARASUCI02  KEMBARASUCI04

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel