05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 1644

11 April 2016 ( Isnin) - Pusat Zon 4, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dengan kerjasama Surau Taman Bunga Raya, Setapak telah Berjaya menganjurkan Kursus Intensif Pengurusan Jenazah pada 9 April 2016 (Sabtu) bertempat di Surau Taman Bunga Raya, Setapak.

Kehadiran peserta amatlah membanggakan iaitu seramai 106 orang peserta lelaki dan wanita terdiri daripada  penduduk Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar Wangsa Maju.Program berlangsung dengan jayanya dimulai dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rosli Bin Omar, penceramah yang sangat arif berkaitan pengurusan jenazah.

Seterusnya kursus diteruskan lagi dengan sesi praktikal yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan wanita dan 2 kumpulan lelaki, yang diterajui oleh 4 orang fasilitator yang telah dilantik.

Para peserta amat berpuas hati sepanjang Kursus Intensif ini berlangsung kerana mereka mendapat lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara pengurusan jenazah yang mengikut syariat Islam.

Pihak Zon 4 mengharapkan agar kursus ini memberi banyak manfaat kepada peserta dan juga dapat mempertingkat lagi kesedaran betapa pentingnya ilmu pengurusan jenazah kepada diri, keluarga, dan juga masyarakat setempat.

 

IMG 1623 IMG 1624
IMG 1704 IMG 1705
   

Disediakan Oleh:
Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel