05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 1726

11 April 2016 ( Isnin ) – Pusat Pentadbiran Zon 4 dan Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa Kuala lumpur dengan kerjasama Tabong Haji melalui wakilnya iaitu Puan Harlizawati binti Hassan telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Haji bersiri pada 9 April 2016. Ceramah khas juga telah disampaikan oleh Encik Azhar bin Md Kasim Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa ,Yb.Dato Ahmad Fauzi bin Haji Zahari, bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Muadz bin Jabal.

Majlis ini bermula jam 10.00 pagi dengan acara ceramah dan praktikal Manasik Haji yang di bimbing oleh Ustaz Mohamad Hasnil bin Abu Bakar dan berakhir jam 11.30 pagi.Kehadiran Peserta sekitar 350 orang diketuai oleh Encik Abdul Razak bin Mahmud  telah mengikuti majlis tersebut dari awal hingga akhir. Peserta  dan tetamu yang hadir adalah dari kawasan kariah yang berdekatan dan luar kawasan yang turut bersama-sama meriahkan majlis penutup kursus haji  bagi tujuan untuk memantapkan ilmu berkenaan peribadatan haji.

Kursus Haji ini telah berlangsung selama empat bulan sebanyak 17 siri telah dilaksanakan bermula 19 Disember 2015.

Antara intipati pengisian ceramah dan praktikal manasik haji yang telah disampaikan ialah bagi memantapkan fizikal dan mental dengan persediaan ilmu serta maklumat semasa kepada peserta kursus haji supaya ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan mendapat  kurniaan ‘ibadah mabrur’

Majlis Penutup kursus Haji berakhir dengan disajikan jamuan makan tengahari oleh Masjid Muadz bin Jabal kepada tetamu yang hadir. Sesi fotografi beramai-ramai diadakan sebagai kenangan mengakhiri kursus ini Sambutan yang amat menggalakkan telah meriahkan majlis tersebut. 

 

IMG 1723 IMG 1725
IMG 1724 IMG 1734
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel