05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 0403

5 Mac 2016 (Rabu) - Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan Program Pengurusan Tanah Kubur  bertempat di perkarangan masjid.

Program 1 hari ini telah dimulai dengan ‘Bengkel Pengurusan Tanah Kubur’ yang telah diadakan pada sebelah pagi bermula 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengurusan tanah kubur yang betul menurut syariat yang semakin dianggap mudah oleh masyarakat. Penglibatan peserta seramai 80 orang yang terdiri daripada ahli kariah dan guru-guru sekolah yang berdekatan.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid Bin Abdul Ghani iaitu pegawai daripada Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Acara kemuncak pada sebelah malam dengan diadakan ‘Ceramah Perdana Indahnya Sebuah Kematian’ yang telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf Bin Mohd Ridzuan (astro) dan Imam Muda Megat Mohd Zaid Bin Megat Azamuddin (astro). Ceramah tersebut telah berlangsung selepas solat maghrib sehingga 9.00 malam. ceramah ini telah menerima lebih 350 orang pengunjung yang terdir daripada pelajar kolej dan jemaah daripada kawasan sekitar. 

 

IMG 0402 IMG 0398
IMG 0399 IMG 0404
   


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel