05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. PENGARAH JAWI BERSAMA PEGAWAI MASJID

 

 

SATU1

 

7 Mac 2016: Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI telah berjaya menganjurkan Majlis Perjumpaan YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI, bersama Pegawai-Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini berlangsung di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam.

 

YBhg. Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada Pegawai Masjid (Ketua Imam dan Timbalan Ketua Imam) mengenai tugas dan tanggungjawab Pegawai Masjid yang bertindak sebagai penghubung antara Jabatan dan pihak Jawatankuasa Masjid/ Surau serta anak kariah. Beliau menyarankan agar semua Pegawai Masjid sentiasa menjaga kewibawaan terutama dari segi penampilan, akhlak dan etika supaya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Di samping itu, Pegawai Masjid (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesebuah parti politik.

 

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab. Beliau mengharapkan Majlis tersebut dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua Pegawai Masjid di dalam menjalankan tugas demi memartabatkan institusi masjid di Wilayah Persekutuan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid dan YBrs. Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid.

 

DUA2 LIMA5
EMPAT4   TIGA3
   

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel