05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 1733

11 April 2016 ( Isnin ) –Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa dengan kerjasama Pusat Zon 4, JAWI telah mengadakan Program ‘Cakna Ibadah’ pada 10 April 2016 bersempena kedatangan bulan Rejab 1437H, Program ini di mulakan dengan Qiammullail bermula jam 4.00pagi dipimpin oleh Ybhg Ustaz Kapten Mohd Naim bin Mohamad (Kor KAGAT) dengan kuliah subuh berkitab(Adab-adab sahabat Nabi) selepas solat subuh berjemaah.Kehadiran jemaah 170 orang memenuhi dewan solat utama  Masjid Muadz bin Jabal.

Program diteruskan lagi kuliah dhuha perdana  bermula jam 10.00 pagi dengan acara Ceramah Pengisian Ilmu oleh Datuk Dr.Ustaz Zahazan Mohamad dan berakhir jam 11.45 pagi.Kehadiran jemaah sekitar 600 orang di kalangan penduduk masyarakat setempat dan jemaah yang datang berkunjung ke masjid dengan mengikuti majlis tersebut dari awal hingga akhir..

Program ‘Cakna Ibadah’ adalah suatu usaha menerapkan kesedaran kepada muslimin dan muslimat bermula rejab rangsangan cintakan ibadah sebagai persiapan bulan Ramadan yang dijangka akan tiba satu bulan lebih sahaja lagi.

Antara hasrat intipati pengisian ibadah ini  bagi memantapkan diri individu dengan  latihan rutin harian kepada para jemaah supaya ibadah yang akan dilaksanakan nanti dapat kombinasi antara ilmu ,kekuatan kerohanian dan fizikal.

Penutup Cakna Ibadah ini diakhiri dengan demontrasi cara memanah dikendalikan oleh petugas syarikat Telaga Biru untuk menggalakan konsep fokus beribadah kepada Jemaah. Jamuan juga disajikan kepada tetamu yang hadir  dan diakhiri dengan solat Zohor berjemaah  

 

IMG 1731 IMG 1735
IMG 1736 IMG 1738
   


Disediakan Oleh:

Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa,
Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel