05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Keibubapaan : Peranan Dan Cabaran Masa Kini Peringkat Masjid Amaniah, Kepong, Kuala Lumpur

 

satu

Sabtu, 13 Februari 2016M - Masjid Amaniah Kepong dengan kerjasama Masjid Amaniah Consultancy (MAC) dan Yayasan Wilayah Persekutuan telah mengajurkan Kursus Keibubapaan: Peranan Dan Cabaran Masa Kini di Masjid Amaniah, Jalan Besar Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah :-

  1. memberi pendedahan mengenai tanggungjawab ibubapa terhadap keluarga dan anak-anak khususnya.
  2. menerapkan nilai-nilai kemahiran keibubapaan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
  3. menyemai semangat persaudaraan dan suai kenal dalam konsep saudara muslim, dan
  4. memberi kaunseling dan motivasi bagi golongan ini menempuh kehidupan yang makin mencabar terutamanya di kawasan bandar.

Antara penceramah dan fasilitator yang dijemput ialah YBhg. Ustaz Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Pensyarah USIM, YBhg. Ustaz Awang bin Mamat, Penolong Pengarah, JAWI, YBhg. Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad, Penolong Pengarah, JAWI, dan Encik Asyraf bin Rasyid, Yayasan Wilayah Persekutuan-Multimedia Development Corporation. Seramai 111 orang peserta; 29 lelaki dan 82 perempuan telah berjaya mengikuti kursus ini.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras, Pusat Pentadbiran Zon 1, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Majlis Tilawah
Al
-Quran Peringkat Zon (B) Wilayah Persekutuan Kuala Lump
ur Kali Ke-3 ini
telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Masjid dan B
ahagian Dakwah Jabatan Agam
Islam Wilayah Persekutuan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr I
smail Kuala Lumpur, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Taman Tun Dr
Ismail Kuala Lumpur, serta Pejabat
Pentadbiran Pusat Zon 3 dan 5 Jabatan Agama Islam Wi
layah Persekutuan.
Majlis Tilawah
Al
-Quran Peringkat Zon (B) Wilayah Persekutuan Kuala Lum
ur Kali Ke-3 ini
telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Masjid dan B
ahagian Dakwah Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr I
smail Kuala Lumpur, Dewa
Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Taman Tun Dr
Ismail Kual
Pentadbiran Pusat Zon 3 dan 5 Jabatan Agama Islam
layah Persekutuan.
dua empat
lima tiga
10 9
   
   

Foto dan teks oleh:

Pusat Zon 1


Cetak   Emel