05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL VOKAL, BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM TAHUN 2016–JAWI PUTRAJAYA

VOKAL2016 7

 

13~14 Februari 2016M / 4~5 Jamadilawal 1437H (Sabtu~Ahad) - Aspek kekemasan dalam bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul dan tarannum yang indah serta disampaikan dengan penuh penghayatan adalah menjadi keutamaan dalam menghayati dan memahami serta dapat menanam rasa cinta terhadap Al-Quran. Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai dan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Putrajaya Tahun 1437H / 2016M, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya menganjurkan Bengkel Vokal, Bacaan Al-Quran dan Tarannum yang bertempat di Bilik Mesyuarat JAWI Cawangan Putrajaya.

Bengkel yang dihadiri oleh 22 peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Putrajaya 2016 yang terdiri daripada 14 qari dan 8 qariah ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada permintaan supaya dianjurkan lagi bengkel seumpama ini untuk siri berikutnya dengan pendekatan yang lebih menarik, segar dan mencetuskan kelainan lebih-lebih lagi dengan adanya penyertaan daripada peserta-peserta baharu dalam Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini . Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada para perserta mengenai aspek vokal, latihan dan kawalan suara dalam bacaan Al-Quran agar mutu bacaan Al-Quran menjadi lebih baik dan dapat dihayati dengan mendalam.

Sebanyak 3 slot menarik menjadi pengisian dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Nik Azizan bin Dato’ Haji Nik Jaafar dari SMK Sungai Pusu, Gombak. Ucapan perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya.
 
VOKAL2016 3 VOKAL2016 1
VOKAL2016 2 VOKAL2016 4
 VOKAL2016 6  VOKAL2016 5

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel