Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H / 2015M
|
23 Disember 2015, KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 masyrakat sekitar Wilayah Persekutuan berhimpun bagi mengikuti Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H/2015M bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu diadakan bagi untuk memperingati peristiwa bersejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya mengambil iktibar dan menghayati segala isi kandungan ajaran junjungan mulia baginda. Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, majlis berkenaan turut diserikan dengan pelbagai agenda menarik. Antaranya ialah ceramah khas Maulidur Rasul S.A.W oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff B Mohd Kashim (Pensyarah UKM / Personaliti Radio/ TV), Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah “Nur Ahli Badar”. Acara kemuncak pada majlis ini ialah pengumuman dan penyampaian anugerah-anugerah sebagai tanda pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang melibatkan masyarakat secara meluas, dan memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam, sehingga ke peringkat antarabangsa. Penerima membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 dah hadiah iringan bernilai RM500.00 bagi Kategori Individu manakala Kategori Organisasi menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00 dah hadiah iringan bernilai RM500.00. Penerima anugerah tersebut adalah seperti berikut.
Berita disediakan oleh : Bahagian Pengurusan Dakwah Foto - Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan |