05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 4/2015

 kelas munakahat 01

 

16 Oktober 2015 (Jumaat) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 4/2015 bertempat di  Surau Al-Muhajirin, JAWI, Kuala Lumpur.

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan telah disampaikan oleh YBhg. S.S Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah dihadiri oleh pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan dan kakitangan BPPK.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini. YBhg. S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri telah memberi penjelasan tentang tanggungjawab dan hak suami dan isteri. Menurut Ybhg. S.S Datuk Dr Zulkifli, kebanyakan pasangan  mengalami masalah dalam rumah tangga kerana tidak faham akan tanggungjawab dan hak masing-masing sebagai suami ataupun isteri. Menurut beliau lagi, pasangan juga sering mengabaikan hak pasangan mereka dan hanya mementingkan hak-hak yang sepatutnya mereka terima sahaja.

Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi pencerahan kepada pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan dan kakitangan BPPK yang hadir kerana ilmu yang disampaikan ini sangat berguna sebagai panduan dalam menjalankan tugasan selain menjadi panduan dalam kehidupan.seharian.

kelas munakahat 02   kelas munakahat 03
 kelas munakahat 04  kelas munakahat 05

Disediakan oleh:                                                         Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel