05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Peningkatan Kerjaya Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2015

 Kursus Penolong Pendaftar 01

 

20 – 21 Oktober 2015 (Selasa – Rabu) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Peningkatan Kerjaya Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2015 bertempat di  Dewan Dato’ Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, Selangor.

 

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadir oleh 78 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas tentang tugas dan tanggungjawab Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan dan mempertingkatkan kefahaman PPNCR berkaitan peraturan dan prosedur perkahwinan, perceraian dan ruju’ di Wilayah Persekutuan.

 

 

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ybrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya berkata, PPNCR merupakan duta JAWI di kariah masing-masing dan mempunyai tanggungjawab yang berat dalam masyarakat. “Hal ini jelas dapat dilihat apabila masyarakat setempat menjadikan PPNCR sebagai tempat rujukan dalam hampir semua hal berkaitan agama selain meminta khidmat nasihat berkaitan urusan nikah,cerai, dan ruju’,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian selain memberi peluang kepada PPNCR untuk menyatakan cabaran dan permasalahan yang mereka hadapi sepanjang menjalankan tugasan sebagai PPNCR.

 

Para peserta telah diberi penjelasan berkaitan prosedur-prosedur perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang terbaharu dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam urusan pentadbiran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di BPPK. Selain itu, pihak penganjur mengadakan slot LDK dalam kursus ini agar para peserta mendapat faedah dan lebih memahami isu-isu semasa berkaitan perkahwinan, perceraian, dan ruju’. Para peserta diberi tugasan untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan isu-isu yang sering berlaku di BPPK. Aktiviti LDK ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta.

 

 

“Aktiviti LDK ini sangat memberi faedah kerana soalan-soalan yang diberikan merupakan isu yang kami hadapi dalam membuat pengesahan borang anak kariah yang ingin memohon kebenaran berkahwin,” menurut salah seorang peserta kursus ini. Pihak penganjur mengharapkan agar kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dan dapat meningkatkan prestasi para peserta dalam menjalankan tugasan sebagai PPNCR seterusnya memudahkan urusan pelanggan dan kakitangan di BBPK.

 

Kursus Penolong Pendaftar 02   Kursus Penolong Pendaftar 03
 Kursus Penolong Pendaftar 04  Kursus Penolong Pendaftar 05

Disediakan oleh:                                                         Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel