05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KursusImam01

 
 

24-26 OKTOBER 2015M/11-13 MUHARAM 1437H (SABTU-ISNIN).Aspek profesionalisme dalam pengurusan merupakan elemen yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan segala urusan dalam pelbagai bidang tugas. Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya menganjurkan Kursus Profesionalisme Imam dan Bilal 2015 yang bertempat di Hotel Adya, Langkawi, Kedah.

Kursus yang dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada para imam dan bilal bagi surau-surau sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada permintaan supaya dianjurkan lagi kursus ini untuk siri berikutnya dengan pendekatan yang lebih menarik, segar dan mencetuskan kelainan . Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada para imam dan bilal mengenai peranan dan kepentingan profesionalisme dalam melancarkan pengurusan surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pelbagai slot menarik menjadi pengisian dalam kursus kali ini dan antara yang menarik perhatian para peserta ialah slot Imsak Walk dan perkongsian pengalaman yang dikendalikan oleh Encik Mahadi Mohd Isma’ely dari Akademi Latihan Islami Malaysia (ALPIM) di samping slot-slot ceramah mengenai peranan para imam dan bilal di mata masyarakat, pengimarahan masjid dan surau serta isu-isu keselamatan awam.

Turut hadir memeriahkan kursus ini ialah Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI Kuala Lumpur dan Supt. Zafari Bin Zulkifli dari Cawangan Khas Bukit Aman. Ucapan perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Mat Jusoh Bin Sudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya.


KursusImam03 KursusImam04
KursusImam02 KursusImam06
 KursusImam05  KursusImam07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel