05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

CHK1

 

26-28 Oktober 2015 (Isnin-Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Intensif Penyampaian Khutbah Berkesan Imam-Imam Masjid Di Wilayah Persekutuan 2015 bertempat di Heritage Hotel, Cameron Highlands Pahang. Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada Imam-Imam Masjid di sekitar Wilayah Persekutuan.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk menambah baik cara penyampaian khutbah para peserta yang terlibat daripada pelbagai aspek seperti gaya persembahan, intonasi suara, sebutan dan gerakan badan. Sehubungan itu, para peserta telah didedahkan dengan teknik penyampaian khutbah dengan lebih berkesan melalui sesi ceramah dan juga sesi latihan penyampaian khutbah sebagai satu medan latihan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti penyampaian khutbah.

Semasa sesi latihan penyampaian khutbah dijalankan, para peserta telah dinilai oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada daripada panel penyemak teks khutbah JAWI. Di samping membuat penilaian, mereka juga telah memberi banyak teguran membina, nasihat dan juga tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara penyampaian khutbah yang lebih baik dan berkualiti.

Majlis perasmian penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. Beliau juga telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai menghargai komitmen dan kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang mengikuti kursus.

CHK2 CHK3
CHK4 CHK5
CHK6 CHK7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel