05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pengukuhan Nilai Diri

 
 

27-28 Oktober 2015 (Selasa dan Rabu)JAWI telah menganjurkan Program Pengukuhan Nilai Diri kepada pembantu tadbir gred N17 di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pembantu tadbir di Bahagian Pelajaran dan Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program ini bertujuan memupuk jati diri sebagai seorang penjawat yang bertanggungjawab melaksana tugas yang diamanahkan. Prinsip kerja sebagai ibadah menjadi fokus utama dalam program ini, kerana ia menjadi tanda aras kepada semua peserta agar melaksana tugas secara bersungguh-sungguh.

Antara kandungan slot program tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Shahidin bin Tinik atas tajuk Membina Kekuatan Silaturrahim.  Pelbagai aktiviti yang dijalankan bertujuan memupuk rasa kekitaan, rasa disayangi, rasa dihargai dan membina cara kerja secara biljamaah. Manakala ceramah bertajuk mengawal stress telah disampaikan oleh En. Ahmad Azam bin Hj Hasan dari Jabatan  Perdana Menteri. 

 

Bahagian Pelajaran

   
   

Cetak   Emel