05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Penghayatan Islam dan Kefahaman Islam Bersama OKU Cacat Penglihatan

 

 ok1

 

25 Oktober 2015 | 12 Muharam 1437H (Ahad) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah mengadakan program Penghayatan Islam sempena Sambutan Maal Hijrah bersama OKU cacat Penglihatan dan program kefahaman Islam kepada Saudara Baru OKU cacat Penglihatan pada sebelah petang bertempat di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan peserta seramai 120 orang OKU cacat penglihatan dari sekitar lembah klang yang merupakan kombinasi dua program telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sempena sambutan maal hijrah, manakala program bersama saudara baru OKU cacat penglihatan merupakan program julung kalinya diadakan khusus untuk saudara baru OKU cacat penglihatan.. Fokus utama program adalah untuk memperingati dan menghayati salah satu dari hari kebesaran Islam serta untuk memupuk semangat cintakan Rasulullah s.a.w dan menghargai perjuangan baginda. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan cabaran-cabaran yang dilalui oleh saudara baru dikalangan OKU buta sendiri serta menerangkan kepada mereka berkenaan dengan peranan agensi yang berkaitan dengan kebajikan saudara baru di Malaysia. Disamping untuk mengukuhkan pegangan kumpulan sasar bahawa Islam adalah agama yang benar.

Program sehari ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada OKU cacat penglihatan.  Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah alunan ayat-ayat suci al-quran beserta terjemahan dan ibrahnya, ceramah yang bertajuk Hijrah dan hikmah yang ada disebaliknya yang telah disampaikan oleh Ybhg. Us. Abdul Azizi bin Disa dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta majlis berselawat. Manakala disebelah petang, program telah diisi dengan perkongsian pengalaman muallaf dari kalangan OKU buta berkaitan dengan pengalaman dan cabaran-cabaran yang dihadapi setelah memeluk Islam oleh Saudara Hj.Mohd Lee Abdullah. Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan Forum saudara baru yang telah dikendalikan oleh Ybhg. Us. Mohamad Noor bin Awang selaku moderator dan ahli panel jemputan adalah Us. Mohd Jais Marippan Abdullah dari PERKIM dan Us. Zamri Vinoth Kalimuttu Abdullah dari Skuad Mubaligh Malaysia. Forum dengan temanya ‘Hijrah satu transmofomasi kearah kemenangan’ telah membincangkan berkenaan dengan peranan PERKIM dalam menguruskan kebajikan saudara baru, pengalaman yang dihadapi, uasaha-usaha dakwah yang dijalankan serta perbandingan agama-agama lain dengan Islam. Para peserta yang terdiri dari kalangan saudara baru dan muslim asal sangat teruja dengan perkongsian yang disampaikan oleh ahli penal.

Program telah dirasmikan oleh Ybhg. Ust. Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

 

 ok2  ok4
 ok3  ok7
 ok4  ok1


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel