05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M

MH2015 IMG 0344

23 OKTOBER 2015 (Jumaat) – Sempena menyambut kehadiran tahun baru Islam Awal Muharam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M, bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut menghimpunkan lebih 1,300 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar institut pengajian tinggi awam serta swasta. Tujuan utama program berkenaan diadakan ialah bagi memperingati peristiwa dan kesan hijrah Rasulullah S.A.W terhadap umat Islam di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewakili Ketua Pengarah Jakim, YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Tan Sri Dato' Syaikh Haji Ismail Bin Haji Muhamad Imam Besar Masjid Negara dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji MamatKetua Pengarah Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Kementerian Pertahanan.

Kemuncak sambutan ini ialah penyampaian hadiah kepada lima penerima anugerah sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M. Butiran penerima anugerah dan hadiah adalah seperti berikut :

BIL

ANUGERAH

NAMA PEMENANG

BENTUK HADIAH

ANUGERAH TOKOH MA`AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1437/2015

1.

Penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M

YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh

·      Wang Tunai Sebanyak RM15,000.00

·      Trofi Tokoh Maal Hijrah Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M

·      Sijil Penghargaan

ANUGERAH KHAS MA`AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1437/2015

2.

Penerima Anugerah Abu Musa     Al-Asy`Ari (Seni Budaya)

Puan Zainab Binti Othman

·      Wang Tunai Sebanyak RM3,000.00

·      Trofi Anugerah Abu Musa Al-Asy`Ari (Seni Budaya)

·      Sijil Penghargaan

3.

Penerima Anugerah Mua`Dz        Bin Jabal (Pendakwah)

YBrs. Dr. Idiris Bin Berahim

·      Wang Tunai Sebanyak RM3,000.00

·      Trofi Anugerah Mua`Dz Bin Jabal (Pendakwah)

·      Sijil Penghargaan

4.

Penerima Anugerah Abdul Rahman Bin Auf (Korporat)

YBhg. Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim

·      Wang Tunai Sebanyak RM3,000.00

·      Trofi Anugerah Mua`Dz Bin Jabal (Pendakwah)

·      Sijil Penghargaan

5.

Penerima Anugerah ‘Aisyah              Binti Abu Bakar (Ilmuan)

Puan Hajah Norhafizah Binti Haji Musa

·      Wang Tunai Sebanyak RM3,000.00

·      Trofi anugerah mua`dz bin jabal (Pendakwah)

·      Sijil Penghargaan

Di samping itu, antara pengisian program yang turut dimuatkan sepanjang majlis tersebut ialah ceramah khas oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Elyas Ismail (Pendakwah serta Personaliti TV), persembahan khas sempena Ma’al Hijrah oleh KAGAT ATM dengan kerjasama Bahagian Kesenian MINDEF (BKM) serta pameran kaedah-kaedah pembelajaran al-Quran.

MH2015 IMG 0203 MH2015 IMG 0264
MH2015 IMG 0288 MH2015 IMG 0316
MH2015 IMG 0354 MH2015 IMG 0293

Foto dan teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel