05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Meninggal Dunia

mufti meninggal 3

16 Oktober 2015 (Jumaat) – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib, 86, meninggal dunia kira-kira jam 6.40 pagi tadi di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara kerana sakit tua.

Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat Jumaat dan selamat dikebumikan di Raudhatul Sakinah Bukit Kiara kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Allahyarham pernah bertugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 1991 hingga Januari 1997 dan memegang pelbagai jawatan lain berkaitan hal ehwal pentadbiran agama Islam.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 1997.

Allahyarham yang berasal dari Pontian, Johor meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki serta 10 cucu.

Turut hadir di majlis pengebumian Allahyarham ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

mufti meninggal 1 mufti meninggal 2
mufti meninggal 3 mufti meninggal 5

Cetak   Emel