05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437H 2015M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

MHLabuan 004

14 Oktober 2015 (Rabu) – Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437H/2015M membuka tirai bagi tahun baru hijrah yang telah diadakan di Auditorium Labuan International School. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan imej dan syiar Islam di Wilayah Persekutuan Labuan demi memupuk semangat perpaduan dan kesatuan di kalangan warga Malaysia amnya dan khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya juga amat bertepakan dengan tema majlis sambutan pada kali ini iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Selain itu, program ini juga mengajak masyarakat untuk mengimbas kembali sejarah penghijrahan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat pada zaman dahulu.

Program ini melibatkan usaha kerjasama bersama Pusat Pungutan Zakat. Ianya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli. Turut hadir ialah Dato’ Mohd Nadzri bin Osman Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan isteri Datin Hamidah binti Ladi, Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Saifudin bin Hj. Tahir @ Twahir Pengurus Majlis Agama Islam WP Labuan, Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Shahrizal bin Saffian Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat Cawangan Labuan, Dato’ Sri Mohd Alias bin Abd. Rahman Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management dan Datin Norsiah binti Abdullah serta Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin bin Hasan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

Ianya diserikan dengan Ceramah Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh penceramah bebas tersohor negara Ustaz Syed Abd Kadir bin Syed Hussin Al Joofre yang didatangkan khas ke Labuan pada kali ini. Kemuncak majlis adalah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2015M kepada Puan Nurdina @ Azinah binti Abu Chik. Penerima anugerah mendapat hadiah wang bernilai RM 2,000.00, Plak, Medal dan Sijil Penghargaan.

MHLabuan 001 MHLabuan 003
MHLabuan 008 MHLabuan 009
MHLabuan 010 MHLabuan 012

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel