05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Warga Dakwah ke Institut Kanser Negara

 

ins1 

 

13 Oktober 2015M /  29 Zulhijjah 1436H ( Selasa ): Jabatan  Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program  Ziarah Dakwah Sempena Maal Hijrah 2015, bertempat di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Program ziarah dakwah di bawah anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah ,JAWI ini adalah pertama kali diadakan di IKN. Seramai 36 orang pegawai dan kakitangan daripada JAWI yang diketuai oleh YBhg. Tn. Hj. Yaakob bin Abdul Rahim telah mengetuai program ziarah kali ini.

Kehadiran rombongan JAWI  telah disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Institut Kanser Negara. Manakala taklimat mengenai IKN telah disampaikan oleh Dr. Hasmah binti Sahat, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Perubatan. Penubuhan IKN telah dirancang sejak tahun 2007 dan telah siap dibina pada tahun 2011 dan mula beroperasi September 2013. Tujuan penubuhan IKN adalah sebagai satu pusat penyelidikan dan perubatan khususnya untuk penyakit kanser. Seterusnya ucapan balas daripada JAWI telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn. Hj. Yaakob bin Abdul Rahim.

Sebelum bergerak mengikuti kumpulan ke wad-wad yang telah ditetapkan, satu sesi bergambar dan penyerahan cenderahati telah diadakan. Rombongan telah dipecahkan kepada 5 kumpulan dalam sesi ziarah dan beramah mesra dengan pesakit. Harapan agar pesakit rasa ceria dan mendapat kekuatan baru dalam mengharungi rasa sakit. Di samping itu, peserta rombongan juga dapat ingat mengingati dan bermuhasabah bahawa hakikatnya penyakit ini tidak mengenal usia dan masa. Namun kita sebagai hamba Allah haruslah sentiasa berusaha dan berikhtiar kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Diharap program ziarah dakwah ini akan diteruskan lagi kerana ia merupakan satu tuntutan fardhu kifayah serta tanggungjawab yang sedikit sebanyak dapat menyokong dan meringankan tekanan yang di hadapi oleh pesakit.

ins1 ins2
ins3 ins4


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel