05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Sah Nikah Sah Nasab

Sah 05

12 Mac 2015 (Khamis) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan bersama Puspanita Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Seminar Sah Nikah Sah Nasab. Seminar sehari ini turut dijayakan bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengadakan pemeran HIV.

Seramai 205 orang peserta yang semuanya terdiri daripada penjawat awam, NGO, guru-guru SRAI dan jemputan-jemputan lain telah hadir ke seminar ini. Seminar yang diadakan di Dewan Syura Masjid An-Nur telah menerima kehadiran yang amat memberansangkan daripada para jemputan. Jemputan kali ini telah melebihi sasaran yang telah disasarkan. Pihak JAWI telah menjemput Ketua Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Ustaz Wan Jaapar Bin Wan Ahmad sebagai penceramah. Tiga tajuk telah dibentangkan pada seminar kali ini.

Perasmian Penutup seminar sehari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Zulaini Bin Yaacob mewakili Ustaz Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Labuan.

Antara objektif perlaksanaan kursus ini adalah:

  • Sebagai platform untuk memberi pendedahan berterusan kepada masyarakat Islam di Malaysia khusus di negeri Wilayah Persekutuan mengenai tanggungjawab dan kepentingan menjaga nasab keturunan adalah suatu tuntutan wajib kepada setiap individu muslim.
  • Memberi kesedaran  kepada masyarakat Islam bahawa kewujudan pengurusan hal ehwal kekeluargaaan Islam di  negeri  adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan setiap pernikahan mahupun perkara lain yang melibatkan kekeluargaan adalah memenuhi tuntutan Syarak dan pematuhan  peruntukan Undang-undang Pentadbiran Kekeluargaan Islam.
  • Memupuk kefahaman yang tinggi melalui sebaran panduan dan maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan institusi keluarga bahagia sebagai salah satu komponen utama ke arah mewujudkan negara maju.
  • Meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa setiap prosedur mahupun pekeliling serta pelbagai penyerahan dokumen sebelum kebenaran bagi melaksanakan akad nikah bukan bertujuan menyusahkan masyarakat, tetapi bertujuan untuk pengesanan bagi kesahihan ke arah menjaga dan memberi hak bertepatan dengan tuntutan Syarak dan maslahah ummah.
  • Meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan agar umat Islam sentiasa melaksanakan pematuhan dan mengelak daripada terjebak dalam sindiket pernikahan palsu atau bersekedudukan tanpa nikah, yang sudah pasti akan memberi impak besar ke atas kesucian dan kelangsungan nasab keturunan umat Islam.

Dikesempatan seminar ini juga Cawangan Penguatkuasaan juga telah melancarkan kempen cegah jenayah syariah yang telah disempurnakan gimik pelancarnnya oleh Ustaz Wan Jaapar Bin Wan Ahmad Ketua Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan.

Sah 02 Sah 01
Sah 03 Sah 04

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel