05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PESERTA HAFAZAN WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUNGGULI DUA KATEGORI

Gambar Majlis MQPK 315

6 Mac 2015M/ 15 Jamadilawal 1436H - Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 1436H/2015M telah berlangsung pada 28 Februari hingga 5 Mac 2015 bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir; Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 2 Mac 2015 jam 9.00 malam. Manakala Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 5 Mac 2015 jam 9.00 malam.

            Majlis Menghafaz Al-Quran telah berlangsung selama 6 hari dengan penyertaan seramai 73 orang peserta dari seluruh negeri dengan pecahan 28 orang peserta bagi Kategori 1 (1-10 juzuk), 25 orang peserta bagi Kategori 2 (1-20 juzuk) dan 20 orang peserta bagi Kategori 3 (1-30 juzuk). Persaingan sengit berlaku sepertimana diumumkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman bin Mustafa; Ketua Pengarah JAKIM merangkap Pengerusi Jemaah Hakim iaitu 58 orang peserta memperolehi markah 90 % ke atas, 10 orang peserta memperolehi markah 80% dan ke atas serta 5 orang peserta sahaja yang memperolehi markah bawah 80%. Malahan markah yang tipis membezakan kedudukan antara Johan, Naib Johan mahupun Tempat Ke 3.

            Sesungguhnya peserta hafazan Wilayah Persekutuan telah berjaya menjuarai 2 kategori iaitu En. Mohd Rashid Ridha bin Mohd Shukri (markah 99.04%) – Johan Lelaki Kategori 1 (1-10 juzuk). Beliau berjaya membawa pulang piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM4,000.00. Manakala Cik Farihah binti Zulkifli (markah 95.43%) – Johan Perempuan Kategori 3 (1-30 juzuk) dan dianugerahkan piala iringan, sijil penyertaan, wang tunai RM10,000.00 serta pakej mengerjakan ibadah haji. Manakala peserta-peserta Wilayah Persekutuan yang lain: En. Muhammad Imran bin Zulzamrin (Kategori 3), En. Abdul Aziz bin Karim (Kategori 2), Cik Athirah Salihah binti Al-Azmi (Kategori 2) dan Cik Nur Aimi Rasyidah binti Asep Saefudin (Kategori 1) telah berusaha bersaing dan melakukan yang terbaik semasa ujian hafazan dilakukan. Sepanjang majlis berlangsung, komitmen pegawai pengiring Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad dan Ustazah Sakdiah bin Muhammed Nusi telah berjaya membantu dan menguruskan kelancaran urusan Kontijen Wilayah Persekutuan. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan pegawai pengiring serta semua pihak yang bersama-sama menempuh cabaran dalam memartabatkan al-Quran dan syiar Islam serta meneruskan legasi pembudayaan al-Quran di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Gambar Majlis MQPK 162 Gambar Majlis MQPK 170
Gambar Majlis MQPK 303 Gambar Majlis MQPK 304
Gambar Majlis MQPK 314   gambar majlis-menghafaz-al-quran-kebangsaan-kali-ke-36

Teks dan Gambar oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel