05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Muhibbah Guru-Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan Ke JAWI Kuala Lumpur Dan JAKIM Putrajaya

Laporan01

 

28 September 2014 (Ahad)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan program Lawatan Muhibbah Guru-Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan ke JAWI, JAKIM serta masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program tersebut bermula pada 28 September hingga 1 Oktober 2014.

Seramai 16 orang ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru takmir bersama tiga orang urusetia terlibat di dalam lawatan tersebut. Rombongan diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki Bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Kariah, JAWI Labuan.

Objektif lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meluaskan pengalaman serta menimba pengetahuan baru oleh setiap guru takmir supaya agenda pengimarahan masjid melalui kelas-kelas takmir yang diadakan akan lebih teratur dan tersusun. Disamping itu juga, guru-guru takmir berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan serta idea bersama penggubal dasar pengurusan takmir iaitu JAWI dan JAKIM.

Selain daripada lawatan ke ibu pejabat JAWI Kuala Lumpur dan JAKIM Putrajaya, rombongan juga melawat masjid-masjid yang di bawah pentadbiran JAWI dan JAKIM seperti Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid As-Syakirin KLCC, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Adalah diharapkan semoga lawatan sebegini akan memberi impak yang positif kepada guru-guru takmir ke arah merealisasikan pengimarahan masjid yang unggul dan cemerlang dimasa hadapan.

Laporan02 Laporan03
Laporan04 Laporan05

 

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel