05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan 2014 – Teori Dan Praktikal

Belih07

Program sehari ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abd. Halim Zakaria (Pakar Bidang Penyembelihan) yang bertajuk ‘Pengurusan Qurban & Penyembelihan Syara’. Kemudian disusuli dengan Praktikal Penyembelihan seekor lembu, 2 ekor kambing dan 5 ekor ayam. Lembu tersebut yang ditaja oleh Dato’ Abul Hassan, Penasihat Persatuan Penduduk Kawasan Sungai Penchala kemudian dihadiahkan kepada 3 Rumah Anak Yatim di sekitar lembah Klang.

Manakala 2 ekor kambing pula adalah Tajaan Dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 disediakan untuk jamuan program-program masjid yang terdekat. Kursus ini telah mendapat reaksi positif dari para peserta ketika sesi semasa ceramah tentang teori penyembelihan malah ketika praktikal juga.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyakarat mengenai konsep pengurusan penyembelihan yang sebenar dan menetapi kaedah Syara’. Semoga dengan penganjuran Kursus Penyembelihan ini dapat dimanfaatkan dalam menjadikan perlaksanaan Ibadah Qurban pada tahun ini, perlaksanaan yang terbaik seterusnya diterima oleh Allah Ta’ala.

Belih01 Belih02
Belih03 Belih04
Belih05 Belih06

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Penyelidikan,

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel