05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Guru SRA menyertai Program Penghayatan Nilai dan Rohani anjuran JAWI & KPM

 

DM2

11 Oktober 2014 (Sabtu)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penganjur utama, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiyyah (PEKDIS) telah menganjurkan DAURAH MURSYID 2014 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program transformasi Guru Pendidikan Islam (GPI) ini bertujuan memperkasa GPI sebagai mudarris, mu’allim, mu’addib, murabbi dan mursyid  (GPI5M) yang berupaya memantapkan kefahaman akidah, penghayatan syariah dan sahsiah Islamiah di samping nilai murni juga sebagai aktivis masyarakat. Ia juga bertujuan memasyarakatkan GPI sebagai Pendakwah Negara serta memantapkan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Program dihadiri hampir 1000 orang ini melibatkan guru-guru SRA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI dan wakil jabatan. Ia dimulakan dengan Bicara Ilmu oleh Y.Bhg Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Seterusnya Majlis Perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datin Nawal binti Salleh, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Y.Bhg Tn. Hj. Abdullah b Md. Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ditangguhkan jam 12.30 tengah hari.

 

 DM3  DM4
 DM5  DM6

 

Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel