05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Rumahku Syurgaku ‘Anak Aset Ke Syurga Atau Neraka?’

Sekolah DSCF1033

 

27 September 2014 (Sabtu) – Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) dengan kerjasama Brainybunch Foundation telah mengadakan Seminar Rumahku Syurgaku bertemakan ‘Anak Aset ke Syurga atau Neraka?’. Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi dan orang ramai mula memenuhi ruangan Dewan Muktamar, JAWI pada jam 8.30 pagi. Peserta seminar terdiri daripada kakitangan JAWI, penjawat awam daripada agensi-agensi kerajaan sekitar Kuala Lumpur, guru-guru, pelajar-pelajar dan orang awam sekitar Lembah Klang. Jumlah peserta seminar ini mencecah 750 orang.

Ceramah pertama bermula pada jam 9.00 pagi dengan tajuk ‘Ibu Bapa Tip Top, Anak-anak Mantop’. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari Bin Abd Rahman daripada Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Program diteruskan dengan sesi forum dengan tajuk‘Anak Aset Ke Syurga Atau Ke Neraka’. Barisan ahli panelterdiri daripada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (Personaliti TV Hijrah & Penasihat Syariah Brainy Bunch), Ustaz Mohd Zamri Bin Zainuldin (Mantop Training & Consultancy) dan moderator Ustaz Muhidin Bin Mokter (Panelis Tanyalah Ustaz TV9 & Penasihat Syariah Brainy Bunch).Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Ustaz Che Husain Bin Isa.

Antara objektif seminar ini adalah untuk mewujudkan keluarga bahagia, memberi penjelasan tentang peranan ibu bapa dan anak-anak, meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan ilmu rumahtangga dan keibubapaan daripada perspektif Islam dan memperkasa institusi kekeluargaan Islam.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat dan diharapkan agar program-program Ilmu seperti ini mendapat tempat di hati masyarakat pada masa-masa mendatang.

Sekolah DSCF1007 Sekolah DSCF1025
Sekolah DSCF1017 Sekolah program dakwah N perkahwinan 010
Sekolah program dakwah N perkahwinan 008 Sekolah program dakwah N perkahwinan 012

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel