05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pemantapan Hakim Tilawah Al-Quran 1435H/2014M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Hakim IMG 9115

  

 

26 September 2014 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Hakim Tilawah Al-Quran selama tiga hari sehingga 28 September 2014 kepada mereka yang terlibat dalam penghakiman Tilawah Al-Quran yang dianjurkan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Kursus tersebut telah dijalankan dengan jaya atas bimbingan daripada YBhg. Ustaz Hj. Abdul Karim Bin Zakaria (Setiausaha Jemaah Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Sallehudin Bin Omar (Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa) dan YBhg. Dato’ Haji Muhammad Bin Hasri (Hakim Majls Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa).

 

Pengisian sepanjang kursus ini melibatkan aspek-aspek yang dinilai oleh Hakim Tilawah Al-Quran seperti Tajwid, Fasohah, Taranum dan lagu. Seramai 19 orang peserta telah menghadiri program ini.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Hakim IMG 8647 Hakim IMG 8553
Hakim IMG 8911 Hakim IMG 9018

Foto dan teks oleh:

JAWI, Labuan


Cetak   Emel