05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"Melangkah ke Firdaus Bersama"

3 Oktober 2014M/ 8 Zulhijjah 1435H - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Masjid Negara Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Bicara Zulhijjah: Bersamamu di Firdaus bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi ini dihadiri lebih 200 peserta. Ia dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa oleh pengerusi majlis seterusnya dirasmikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Turut hadir Y.Bhg Ustaz Mohd Hafiz Bin Abd Aziz, Imam dan Ketua Unit Penyelarasan Dakwah Ibadah, Masjid Negara.

“Bersamamu di Firdaus” begitulah tajuk ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi dan penulis tersohor Y.Bhg Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil bin Ibrahim. Beliau yang kini bergelar Pensyarah di UniKL Business School setelah 3 tahun menetap di Madinah Al-Munawwarah, berkongsi detik awal penghijrahannya bermula dengan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun 2006. Ia dirakamkan dalam buku bestseller beliau “Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman”. Kemudian, satu persatu karya beliau lahir dan mencetuskan fenomena dalam industri penulisan tanahair. Malahan jumlah pengikutnya di laman sosial Facebook mencecah hampir 40,000 dan lebih 20,000 pengikut di http://www.muhdkamil.org/  - sebuah blog berkonsepkan universiti maya  kendalian Prof dan para ‘pensyarah tamunya’.

Melalui Bersamamu di Firdaus, Prof. Kamil berkongsi bagaimana menghayati dan memaksimumkan amalan sepanjang masa hidup yang masih berbaki. Antara amalan mudah yang boleh dilakukan sesiapa sahaja selain memelihara ibadat wajib adalah solat berjemaah di masjid, solat Dhuha, berpuasa sunat Nabi Daud, menghidupkan malam dengan ibadah, memperbanyakkan sedekah, menutup aurat dengan sempurna serta menjaga maruah pasangan dan keluarga. Perkongsian bersemangat beliau yang lahir dari hati amat terkesan ke hati peserta yang hadir. Ramai yang terhibur dengan jenakanya. Tidak kurang juga yang mengalirkan air mata.

Semoga janji yang diikat - merasai alam kubur hanya sekejap, memasuki syurga Firdaus tanpa dihisab serta merasa nikmat itu bersama keturunan dan orang-orang yang akrab – dengan rahmatNya akan dimakbulkan Allah Taala. 

 mkizaidi  mki111
 mki1  mki9ramai
 mki10jual  mki5


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel