05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“MENCARI MUSUH”

 “MENCARI MUSUH: PERADABAN ISLAM, BARAT DAN POLITIK ANTARABANGSA”

nik2

 

30 September 2014M/ 5 Zulhijjah 1435H-

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Kefahaman Islamofobia bertemakan “MENCARI MUSUH: PERADABAN ISLAM, BARAT DAN POLITIK ANTARABANGSA” bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Program ini dianjurkan bersama Masjid Wilayah Persekutuan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Kolej Islam Antarabangsa (IIC). Ia mendapat sambutan hangat kira-kira 400 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

 

Tujuan program diwacanakan ialah untuk memahami kemerbahayaan Islamofobia melalui isu mencari musuh dalam konteks peradaban Islam, Barat dan politik antarabangsa. Di samping itu, adalah penting untuk menyokong usaha Kerajaan menangani fobia terhadap Islam dan agama lain dalam membina hubungan dalam “masyarakat yang berpecah” hari ini.

 

Majlis perasmian dimulakan dengan tayangan video yang memaparkan situasi Gaza dalam politik global. Seterusnya, ucapan aluan disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Y.Bhg. Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Abdul Kadir. Program dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah yang mewakili Y.Bhg. Tuan Haji Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut memeriahkan majlis ialah Y.Bhg. Ustaz Mohammad Ahsraf bin Ibrahim, Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg. En. Mohamad Faizal bin Rohizat, Pengarah Bahagian Korporat Pemasaran dan Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa serta Y.Bhg. Saudara Khairol Najib bin Hashim, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

 

Program ini menampilkan Y.Bhg. Saudara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo di Putra School dan Felo Penyelidik di HAKIM bagi membentangkan tajuk “Cabaran Peradaban Barat: Masa Lalu Dan Masa Kini”. Kemuncaknya ialah pembentangan bertajuk “Mencari Musuh: Peradaban Islam dan Politik Antarabangsa” oleh Y.Bhg. Prof Dato Mohamad Abu Bakar daripada Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan Penyandang Kerusi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat 2005-2007. Pembentangan bersahaja tetapi serius daripada kedua-dua pembentang amat menarik minat peserta sehingga hampir dua puluh soalan diterima dan sesi soal jawab terpaksa ditutup kerana masa yang dibenarkan telah tamat.

 

nik1  nik3 
 nik4  nik5


Disediakan:

Foto & Teks oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

 

 


Cetak   Emel