05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“BERKORBAN APA SAJA”

 

DISKUSI ISU-ISU SEMASA SAUDARA MUSLIM SIRI 3/2014

“BERKORBAN APA SAJA”

1ck

02 Oktober 2014 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menganjurkan Program Diskusi Isu-Isu Semasa Saudara Muslim Siri 3/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Bagi menjayakan program ini, pihak penganjur telah menjemput YBhg. Ustazah Zawiah binti Hassan (Penceramah Bebas) untuk berkongsi ilmu dengan kupasan yang menarik mengenai tajuk “Berkorban Apa Saja”. Ia bertujuan bagi memberi  kefahaman yang jelas kepada saudara muslim tentang erti sebuah pengorbanan yang merangkumi maksud yang luas serta menuntut penghayatan yang mendalam dari setiap individu.

Seramai 80 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim JAWI telah hadir menjayakan program ini. Turut sama ialah Y.Bhg Puan Zaini Naura Aza binti Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Puan Hasyidah binti Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, selaku Penyelaras progam.

Turut mengisi acara ialah slot kuiz Fardhu Ain yang diadakan pada awal dan akhir program. Setiap peserta telah dikemukakan dengan beberapa soalan pilihan yang berkisar tentang aspek fiqh, sirah, aqidah dan asas tajwid.

Secara keseluruhan, rata-rata peserta memberi respon yang amat positif dan  program ini dilihat mampu menjadi wahana dalam membantu saudara muslim  memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama Islam, sekaligus menyuburkan daya saing yang tinggi di kalangan mereka. 

8ck  9ck 
 2ck  4ck
 5ck  6ck
 1ck  7ck


Foto & Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel