05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

PROGRAM JOM KE SURAU SIRI 2-2014-PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


pjs11
 

28 SEPTEMBER 2014 (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya (JAWI Putrajaya) dengan kerjasama Surau Ar-Rahman Persint 16, Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perwakilan Penduduk telah mengadakan Program Jom Ke Surau Siri 2 / 2014 bertempat di Surau Ar-Rahman, Persint 16, Putrajaya pada 28 September 2014 ( Ahad ).

Antara objektif program ini ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang fungsi surau yang sebenarnya dan menanamkan rasa cinta dan kasih masyarakat kepada surau sebagai tempat beribadat dan melaksanakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Program ini yang diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Kariah dengan kerjasama semua unit serta kakitangan Jawi Cawangan Putrajaya telah bermula dengan Solat Subuh berjemaah dan diikuti dengan Kuliah Subuh yang di sampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan, Pengarang Kitab Al-Quran dan Sains. Seterusnya, pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dilaksanakan iaitu senamrobik, pertandingan futsal, pertandingan “indoor games” seperti congkak, carom, dam aji dan ping pong.

Pada waktu yang sama, terdapat pelbagai gerai jualan yang menyertai program Jom Ke Surau kali ini seperti gerai jualan makanan dan minuman, pakaian, permainan kanak-kanak , Al-Quran digital, alat komunikasi serta gerai jualan buku agama dan novel. Turut sama bagi gerai pameran yang terlibat adalah daripada pihak Aman Palestin, Pasukan Bomba Penyelamat dan Bahagian Penguatkuasaan JAWI.  

Di sebelah petang pula terdapat acara persembahan nasyid oleh kanak-kanak daripada Tadika Islam Ar-Rahman MAIWP dan pertandingan dekorasi kek. Suasana bertambah meriah apabila ketibaan selebriti jemputan iaitu Yatt Hamzah dalam Slot Busana Musliimah “Indahnya Berhijab” telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada kaum ibu dan ahli kariah.

Majlis Perasmian Jom Ke Surau Siri 2 /2014 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Nordin bin Hasan yang mewakili Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya dan diikuti dengan Slot Perkongsian Pengalaman “Pengurusan Jenazah MH17” oleh Yang Berbahagia Ustaz Zulrushdi bin Salleh, Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau merupakan antara petugas kumpulan pertama daripada JAKIM yang menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 di Belanda. Program Jom Ke Surau Siri 2 / 2014 melabuhkan tirai dengan jamuan ringan dan semoga program sebegini dapat mendekatkan lagi masyarakat untuk turun ke surau yang bukan sahaja sebagai tempat beribadah malah sebagai pusat komuniti dan aktiviti masyarakat keseluruhannya.


pjs01 pjs03
pjs05 pjs07
 pjs08  pjs12

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel