05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menuju Kecemerlangan UPKK

26hb - 28hb September 2014 (Jumaat - Ahad)Program “MUMTAZ”  adalah satu program bertujuan menuju kecemerlangan UPKK . Ia telah diadakan secara serentak bagi semua Zon di Wilayah Persekutuan di bawah anjuran PERKAFA. Seramai 1000 murid tahun lima dan 500 orang guru terlibat dalam program ini di 8 buah sekolah.  

Pengisian program yang telah dilaksanakan ialah murid-murid didedahkan teknik menjawab soalan UPKK serta aktiviti latih tubi soalan-soalan tahun lepas, sesi soal jawab, latihan dalam kumpulan, qiamulail, senaman pagi, explorace, nightwalk dan motivasi.

Pengarah program bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan program berjalan dengan lancar.  Kerjasama yang wujud di antara fasilitator dan guru-guru telah menjadikan program ini dapat dijalankan dengan baik. Begitu juga kerjasama dari pihak masjid, SRA dan DBKL juga membantu melancarkan lagi program ini.

Pihak Jabatan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua guru KAFA sepanjang program ini berlangsung.

Pelaksaaan Program MUMTAZ bagi setiap zon, adalah seperti berikut:

Zon 1 - SRA Abu Dzar Al Ghifari
Zon 2 - Masjid Usamah bin Zaid
Zon 3 - KAFA Al Husna Bukit Aman
Zon 4 - Masjid Khalid Al Walid
Zon 5 (kump A) - Masjid Az Zubir Al Awwam
Zon 5 (kump B) - Surau PPR Raya Permai
Zon 6 - KAFA Desa Aman 2
Zon 7 - KAFA An Nur Sg Merab

Amat diharapkan kesemua murid yang menduduki peperiksaan UPKK bagi tahun 2014 ini dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.

          


Cetak   Emel