05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Hormat JAWI Labuan ke Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur


 
LabuanMJBKL1

 

Isnin, 29 Sept – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah menerima kehadiran Delegasi daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dalam rangka Lawatan Kerja JAWI Labuan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para delegasi yang tiba tepat jam 9 pagi, telah dapat meluangkan masa hampir dua jam di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengikuti sesi lawatan dan penerangan ringkas mengenai latar belakang, pengurusan pentadbiran dan aktiviti Masjid.

 

Setinggi penghargaan kepada Y.Bhg. Pengerusi MJBKL, Ustaz Mohd Yazid Bin Saad kerana meluangkan masa untuk hadir bagi meraikan kunjungan hormat ini. Beliau yang merangkap Pegawai Penyelaras Masjid & Surau Zon 3 juga telah menyampaikan ucapan bagi mewakili MJBKL dan JAWI, yang antara lainnya menyatakan bahawa; “Masjid adalah satu institusi yang amat suci, seharusnya kita sebagai pemegang amanah yang memakmurkan masjid, hendaklah sentiasa menjadikan masjid sebagai tempat yang mesra kepada pelbagai lapisan masyarakat, dan hikmah adalah metod yang wajib diimplimentasi bagi mencapai maksud dakwah kepada agama.”

 

Delegasi JAWI Labuan yang diketuai oleh Y.Bhg. Ustaz Abdul Rahman Bin Moha, telah mendapat pendedahan mengenai sejarah & perkembangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, melalui taklimat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Faisal Bin Tan Mutallib, Ketua Pentadbir merangkap Ketua Imam MJBKL. Turut hadir bersama lawatan ini ialah Y.Bhg. Ustaz Mohd Zaki Bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah Caw. Labuan, JAWI. Semoga kunjungan hormat ini memberi peluang keemasan kepada MJBKL dan JAWI Labuan untuk mengeratkan jaringan kerjasama dan saling bertukar maklumat bagi menambah baik perkhidmatan hal ehwal Islam pada masa-masa hadapan. 

 


alt alt
alt alt

 
Disediakan Oleh:

Mohd Faisal bin Tan Mutallib

Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel