05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Teknik Menjawab UPSRA 2014

Seminar Teknik Menjawab UPSRA 2014

pun2 
 

23hb - 24hb September 2014 (Selasa - Rabu) – Seminar Teknik Menjawab Soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Raja Muda Musa, Kg Baharu, Kuala Lumpur. Seminar ini melibatkan seramai 110 orang pelajar sekolah di Peringkat Zon 3.

Seminar ini bertujuan memberi bimbingan kepada peserta agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan keyakinan melalui latih tubi dan teknik menjawab soalan yang dijalankan. Selain itu, ia perlu bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSRA serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.

Pada tahun 2014, seramai 6344 orang murid SRA akan menduduki peperiksaan UPSRA yang akan bermula pada 9hb Oktober 2014. Semoga dengan adanya seminar tersebut, semua murid yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mampu mencapai prestasi yang terbaik.


pun1 pun3
pun4 pun5
   


Foto dan teks oleh:
Unit Peperiksaan & Penilaian 2014

 


Cetak   Emel