05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ramah Mesra Dakwah, Mubaligh & Pelajar Saudara Muslim

 

MAJLIS RAMAH MESRA 

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAWI BERSAMA

MUBALIGH DAN PELAJAR KELAS PENGAJIAN SAUDARA MUSLIM

 

m222

 

26 September 2014 (Jumaat) –

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YBhg. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI Bersama Para Mubaligh Dan Pelajar Saudara Muslim bertempat di Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli selaku Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Ketibaan beliau disambut meriah dengan alunan selawat beramai-ramai oleh para mubaligh dan pelajar seramai 85 orang.          

 

           Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Tn Hj Yusof bin Mamat selaku peneraju utama Bahagian Pengurusan Dakwah yang baharu memulakan tugas pada 2 September 2014 menggantikan Pn Azizah binti Che Hassan yang telah bertukar ke Bahagian Pelajaran JAWI.

 

Dalam majlis tersebut, YBhg. Tn Hj. Yusof telah menyampaikan amanat yang cukup bermakna supaya para pelajar saudara muslim dapat merebut peluang yang ada sebaiknya dan sentiasa berusaha meningkatkan jatidiri ke arah kecemerlangan hidup.

 

Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah bagi Pemenang Johan dan Naib Johan Pertandingan Keceriaan Kelas Pengajian Saudara Muslim Sesi 2014. Johan disandang oleh Kelas Tahsin Lanjutan dengan markah sebanyak 85 peratus. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kelas Asas dengan markah sebanyak 83 peratus. Setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300.00 (untuk Johan), RM200.00 (untuk Naib Johan) dan sijil penghargaan.

 

Di akhir majlis, Tn Hj Yusof dan Tn Mohd Zaidi telah dibawa melawat ke setiap kelas pengajian dan asrama dengan diiringi oleh pegawai-pegawai Cawangan Kebajikan Saudara Baru dan para Mubaligh.

 

m1  m3 
 m3

 m5


Foto & teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWi


Cetak   Emel