05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WACANA MINDA SAUDARA MUSLIM SIRI 2/2014 “PENGURUSAN JENAZAH DALAM ISLAM”

 

WACANA MINDA SAUDARA MUSLIM SIRI 2/2014

“PENGURUSAN JENAZAH DALAM ISLAM”

4

 

25 September 2014 (Khamis) –

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan Program Wacana Minda  Saudara Muslim : Pengurusan Jenazah Dalam Islam bertempat  di Darul Hidayah, Kampung Baru. Seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas pengajian saudara baru telah hadir.

Program ini bertujuan untuk memberi gambaran, kaedah dan kefahaman yang jelas tentang pengurusan jenazah individu muslim  yang menjadi salah satu tuntutan fardhu kifayah di kalangan umat Islam.

Program dimulakan dengan sessi pencerahan tentang kaedah pengurusan jenazah secara teori oleh penceramah jemputan iaitu Y.Bhg Encik Mohamad Rosly Bin Omar dari Unit Kebajikan Islam JAWI di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ia disusuli dengan sesi praktikal secara berkumpulan yang dibimbing oleh Encik Mohamad Rosly sendiri bagi peserta lelaki dan Puan Norhalimi Binti Che Pi bagi peserta wanita. Selain itu, para peserta turut dibimbing tentang cara-cara pelaksanaan solat jenazah.

 Atas permintaan para peserta, program yang sepatutnya dijadualkan berakhir pada jam 11.30 pagi telah dilanjutkan ke 12.45 tengahari. Rata-rata para peserta amat berpuashati dan memberi respon positif terhadap program ini.

1   2
 3  5


Foto & Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel